Edisi Internet Masked_Rider_Kiva

Pada 11 Julai 2008, Syarikat Toei telah menperkenalkan drama versi Internet untuk siri Kamen Rider Kiva dan Engine Sentai Go-onger, sebagai promosi bagi edisi filem drama berkenaan. Drama internet bagi Kamen Rider Kiva ini disebut sebagai Drama "Kamen Rider Kiva Songsang Edisi Jaringan: Ratu Istana Neraka (ネット版 仮面ライダー裏キバ 魔界城の女王, Nettoban Kamen Raidā Urakiba: Makaijō no Joō). Drama ini boleh ditonton menerusi khidmat telefon bergerak. Drama ini dibahagikan kepada lima episod web (Webisode) yang mana setiap satu episod web bersiaran selama lima minit. Berikut adalah senarai episodnya:

  1. Wajah Songsang Wataru Kurenai?! (紅渡の裏の顔?!, Kurenai Wataru no Ura no Kao?!)
  2. Perang Songsang Castle Doran?! (キャッスルドランで裏バトル?!, Kyassuru Doran de Ura Batoru?!)
  3. Wajah Songsang Keisuke Nago?! (名護啓介の裏の顔?!, Nago Keisuke no Ura no Kao?!)
  4. Kafé d'amour Otoya (カフェ・音也・ダムールゥ, Kafe Otoya Damūrū)
  5. Warisan Ratu! (女王降臨!, Joō Kōrin!)

Edisi Internet ini telah diterbitkan semula melalui DVD pada bulan Disember 2008.